Wednesday, January 6, 2010

Perasmian Markaz Pas Pandan 2.....oleh Dato' Tuan Ibrahim

oleh TP3

Perasmian dan ceramah telah diadakan di Pandan 2 Kuantan dan telah dirasmikan oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man . Tertubuhnya Markaz ini hasil sumbangan orang ramai. Markaz ini akan dijadikan tepat untuk orang ramai khususnya bagi penduduk dikawasan Pandan 2 melakukan aktiviti keagamaan seperti Kuliah, Usrah , ceramah dan juga aktiviti readah untuk anak-anak muda seperti mengadakan permainan badminton dan juga sepak takraw. Walaupun tempat nampak agak kecil dan terhad namun ianya akan menjadi satu permulaan untuk penduduk kawasan tersebut dapat bersama dengan Pas cawangan Pandan 2.

Selain perasmian Markaz itu, kuliah Magrib telah disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang Ustaz Suhaimi Saad, beliau telah mengulas dan menyampaikan kuliahnya dengen pendekatan dengan kisah Hijrah Nabi SAW dengan bantuan LCD. Beliau memberikan kuliah dengan menekankan soal perjalanan Nabi yang mana pelaksanaan Hijrah dan juga perjalanan yang begitu kemas dan telitinya perancangan Nabi SAW. Begitu juga dengan kehebatan Perancangan Nabi dalam mengatur stratigi untuk bergerak ke Madinah dengan melalui jalan yang tidak pernah dilalui oleh kebiasan orang yang hendak ke Madinah. Perjalanan yang berliku diambil oleh Nabi supaya tidak dikesan oleh musuh yang sedang memburu Nabi ketika itu.

Setelah selesai sembahyang Isyak, ceramah dimulakan dengan dipengerusikan oleh Sdr Asri selaku SU penerangan kawasan dan juga Ketua Penerangan MTD Panching. Sdr Tajuddin telah diamanahkan untuk membuat ucapan alu-aluan selaku wakil kepada cawangan Pas Pandan 2. Beliau telah menyeru agar semua penduduk di Pandan 2 agar bersama dalam memajukan Markaz tersebut. Ustaz Suhaimi sekali lagi telah dipanggil untuk memberikan ceramahnya dan beliau terah menyentuh tentang media yang menyokong dan cuba menutup apa saja yang dilakukan oleh kerajaan yang salah, selain itu beliau menyentuh tentang penggunaan kalimah Allah dari pendirian Pas dan juga masalah audit negara yang melihatkan kepincanagan dalam pentadbiran kerajaan Pahang.

Perasmian telah dilakukan oleh Dato'Tuan Ibrahin Tuan Man dengan membuka tirai plak dan menandatangani plak tersebut dan diiringi dengan teriakkan 'Allahuakbar'. Beliau selepas itu telah menyampaikan ceramah kepada hadiri yang memenuhi ruang di hadapan Markaz tersebut.

Rangkuman gambar perasmian....

No comments:

Post a Comment