Tuesday, January 26, 2010

Pengurangan peruntukkan Kementeri Pelajaran.....adakah rakyat didahulukan?


oleh K/Penerangan

Bila Kementerian Pelajaran telah mengurangkan peruntukan dari RM27 bilion kepada RM25 bilion ia telah membeikan kesan yang tidak sedikit kepada sesi baru persekolahan.Antara yang menerima tempiasnya ialah sekolah-sekolah yang mempunyai asrama terutama Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Jumlah hari penyediaan makanan telah dikurangkan dari 250 hari kepada 200 hari. Akibatnya ada sekolah yang terpaksa mengarahkan murid pulang ke rumah pada cuti hujung minggu dan cuti umum kerana asrama tidak menyediakan makanan. Semua ini telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pelajar yang terlibat, ibu bapa dan pentadbir asrama. Keunikan kehi dupan di asrama tidak dapat dikecapi lagi jika pekara ini berterusan.

Sesungguhnya kehidupan di asrama akan memberikan kelebihan kepada pelajar sekolah berbanding dengan mereka yang tinggal di luar. Biasanya pelajar asrama berpeluang meningkatkan disiplin diri dengan belajar hidup berdikari, bergaul dengan pelajar lain dari pelbagai latar belakang, jadual belajar yang diseliakan dengan rapi dan pelbagai peluang untuk melatih diri menjadi pemimpin. Namun, dengan apa yang berlaku ini kehidupan pelajar asrama akan jadi caca marba.

Kita masih tidak faham dengan cara pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) ini yang tidak prihatin apa yang patut diutamakan dalam kebajikan rakyat jelata. Tindakan seperti ini memperjudikan nasib pelajar kerana kebanyakan pelajar yang tinggal di asrama adalah pelajar luar bandar dan ada juga pelajar terpilih kerana potensi mereka memberangsangkan.
Bila berlaku fenomena seperti ini, akan berbondonglah para pelajar asrama ini ke stesyen bas pulang ke kampung atau terpaksa meminta belanja tambahan dari ibu bapa untuk membeli makanan di luar jika tidak pulang ke rumah! Bagi pelajar yang ibu bapanya berkemampun memang tidak ada masalah. Bagaimana dengan golongan miskin? Adakah kita redha melihat pelajar makan mee segera tiap hujung minggu?

Malaysia negara kaya. Tetapi wang negara bocor akibat difaraidkan secara haram melalui cara yang tidak wajar untuk pemimpin BN dan kroni-kroni mereka.
Bila negara tidak mewah lagi seperti dahulu maka apa yang sepatutnya diutamakan untk kebajikan rakyat jelata terpaksa dipotong! Jelas bahawa slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan hanyalah lawak semata-mata. Dalam kes apa yang penulis sebutkan ini, eloklah kita panggil GENERASI MUDA DIJAHANAMKAN!

No comments:

Post a Comment