Sunday, December 13, 2009

Lawatan AJK MTD Panching ke UPU.......Panching Selatan


oleh TP3

Lawatan Kerja AJK MTD Panching ke UPU yang bermula pada bulan November lepas dimana lokasi pertama ialah Panching Timur seterusnya di Pandan 1,RRM Permatang Badak dan yang terbaru di Panching Selatan. Kunjungan yang diketuai oleh Pengarah MTD, Timb.Pengarah 3 MTD dan juga Setiausaha MTD Panching dan juga beberapa orang AJK MTD.

Tujuan asal lawatan ke UPU adalah bertujuan untuk menilai usaha yang dijalankan oleh UPU untuk menghidupkan cawangan dan juga gerak kerja yang sepatutnya dilakukan oleh ajk UPU. Walaubagainapun lawatan ini merupakan satu langkah awal yang dicadangkan oleh Pengarah untuk memberikan satu input yang besar dalam menjalankan kerja-kerja kepartian dan selain itu untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain dalam jemaah.

Penerangan yang ringkas telah dibuat oleh pengarah dengan memulakan ucapannya dengan meminta dan memberikan perhatian terhadap pelaksanaan ceramah berkelompok atau kuliah Muslimat , ini penting kerana apa yang kita usahakan adalah menarik seberapa ramai kaum hawa untuk didedahkan dengan ilmu-ilmu agama supaya mereka dapat faham dengan lebih jelas dan dapat menerangkan semula kepada yang lain kerana mereka ini merupakan ajen penerangan yang amat baik kerana kaum hawa merupakan penyampai berita yang terkini yang amat bagus, kata pengarah MTD Panching yang juga merangkap ketua dewan pemuda Pas Paya Besar.

Selain itu ziarah kali ini untuk menilai dan mengemaskini segala aspek keperluan untuk menggerakkan UPU atau Cawangan.Program-program yang harus dilaksanakan oleh UPU/Cawangan untuk menghidupkan UPU dengan berbagai program kemasyarakatan dan aktiviti kuliah yang boleh diadakan dimasjid-masjid dan surau-surau kerana Pas bukan saja Parti politik tapi juga sebagai Pendakwah, justeru itu untuk mengdakwah dan mengajar prihal keugamaan haruslah diteruskan dan dipertingkatkan demi untuk memahamkan rakyat dan penduduk setempat dengan hala tuju Pas sebenarnya, tegas pengarah lagi.

Masa yang tinggal hanyalah setahun lagi untuk kita menghadapi PRU 13. Memandangkan masa yang begitu singkat haruslah setiap UPU menjalankan kerja-kerja parti dan dakwah serentak agar dapat diusahakan untuk menarik minat orang yang berada atas pagar dan juga orang umno untuk mendekati Pas dan seterusnya menyokong Pas pada PRU 13 nanti.

Pentingnya penculaan yang ditekankan kepada UPU agar dapat membuat penculaan yang tepat demi memastikan kita mendapat kemenangan pada PRU13 nanti, yang penting adalah kerjasama yang berpanjangan antara UPU dan juga MTD agar dapat menepati dengan kehendak kepimpinan tertinggi agar kita tidak tertinggal dengan penculaan. Kerana penculaan yang tepat dapat memudahkan kita menganggar akan kemenangan mudah dalam PRU13.

Timbalan Pengarah 3 MTD menyarankan agar diusahan ceramah diadakan di Panching Selatan lebih kerap agar dapat menyampaikan segala isu semasa dan juga mendekatkan pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat denga rakyat di Gugusan Panching dan ini dapat diusahakan oleh penerangan MTD Sdr Asri merangkap setiausaha Cawangan Panching Selatan. Memandangkan dengan ceramah kita dapat bertemu dan menyampaikan maklumat kepada rakyat dengan lebih berkesan. Maklumat yang sampai kepada rakyat hanyalah melalui Media massa yang berkentingan kepada BN dan ceramah akan berterusan dalam menyampaikan segala maklumat yang benar terhadap rakyat.

Setiausaha MTD mengingatkan kepada semua ahli Pas yang mempunyai keluarga yang boleh mengundi agar dapat mendaftarkan ahli keluarga dalam daftar pemilih kerana ini penting agar dapat kita mempunyai pelapis dan juga agar mereka tidak ketinggalan dalam membuang undi, kerana suatu kerugian jika anak-anak ahli yang cukup umur untuk mengundi tapi tidak didaftarkan kepada SPR.

Moto pakatan rakyat untuk peneroka adalah kesenangan yang dikecapi sekarang baik dan sekiranya peneroka memilih Pakatan Rakyat, maka mereka lebih dan bertambah senang.

No comments:

Post a Comment