Friday, December 25, 2009

Ceramah di Panching Selatan.....Mazlan Aliman


oleh TP3

25 Dis. Ceramah perdana telah diadakan di Panching Selatan di mana telah dianjurkan oleh MTD Panching. Penceramah yang dibarisi oleh Ustaz Tarmizi (Ketua Dewan Pemuda Pas Paya Besar), YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota) dan penceramah utama Sdr Mazlan Aliman ( Presiden Persatuan anak-anak Felda (ANAK) merangkap AJK Pas Pusat). Dengan cuaca yang amat baik telah menggalakkan peneroka turun untuk mendapatkan info terkini dari Presiden ANAK.

Ceramah dimulakan oleh Ketua Pemuda kawasan Ustaz Tarmizi juga merangkap selaku Pengarah MTD Panching dengan ucapan alu-aluan dan menyentuh sedikit tentang Maal Hijrah dan ini telah dikuatkan lagi dengan hadis dan sejarah perhijrahan Rasulullah SAW. Penceramah dari PKR YB Azan Ismail. Beliau yang lantang berceramah telah memulakan dengan isu semasa yang berlaku di Pahang dan juga seluruh Malaysia. Beliau juga menyentuh isu kehilangan enjin jet pejuang F-5E yang kecoh sebelum ini. YB Azan juga menyeru kepada peneroka agar bangkit dan menyokong Pakatan Rakyat untuk memerintah Malaysia dan Pahang agar dapat membuat satu perubahan yang boleh memberikan perubahan kepada kehidupan dan pemerintahan yang tidak ada rasuah dan lebih telus dalam membela rakyat.

Majlis diteruskan dengan penyerahan borang keahlian ANAK oleh wakil peneroka kepada Sdr Mazlan Aliman selaku Presiden ANAK. Dalam ceramah beliau telah menyeru kepada anak-anak peneroka agar lebih berani dalam membela nasib mereka daripada tekanan dari Felda. Menyentuh akan kesusahan yang dihadapi oleh peneroka yang selalu diganggu oleh pengurusan Felda, dimana terdapat mangsa kepada keadaan yang menyebabkan mereka kerugian setelah diarahkan mencabut semula benih pokok sawit yang berusia setahun lebih yang ditanam oleh peneroka. Mazlan menegaskan bahawa kebebasan yang ada pada peneroka merupakan satu kebebasan peneroka untuk menanam semula sawit tanpa apa-apa perjanjian baru dengan Felda.

Felda menganggap ANAK adalah penubuhan haram kerana takut akan kebangkitan ANAK ,tegas Mazlan yang begitu brsemangat menyampaikan ceramahnya. Beliau menegaskan Di Bukit Tanjung beliau telah dijemput oleh orang Umno sendiri untuk menolong mereka. Mereka yang datang berjumpa beliau ialah kebanyakannya orang umno sendiri yang amat kecewa kerana Felda telah menilai getah yang ada dalam kebun mereka hanya sebanyak RM 3500 seekar sedangkan kawasan sebelah mereka dinilai RM5500 seekar.

Banyak lagi yang disentuh oleh Sdr Mazlan yang begitu lantang menyeru agar semua peneroka faham akan kedudukan mereka, kerana apa yang mereka miliki ialah tanah 10 ekar dan Felda hanyalah sebuah agensi yang diupah oleh peneroka untuk mengurus kebun mereka.Tapi apa yang tejadi sekarang adalah Felda sudah menjadi tuan kepada tuannya. Pengurusan yang dilakukan oleh Felda merupakan satu amanah yang diberikan oleh pemilik tanah tapi sekarang mereka cuba untuk menjadikan peneroka sebagai "kuli batak'. tegasnya lagi.

Sdr Mazlan menutup ceramahnya dengan mempromosikan bukunya yang bertajuk 'Dulu Tolong Kini Along'.

No comments:

Post a Comment