Wednesday, February 10, 2010

MENGHAYATI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Lajnah Penerangan Dewan Muslimat PAS Kawasan Paya Besar telah mengadakan satu ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul untuk golongan muslimat bertempat di Balai Purnama, Kg. Chendering, pada10 hb Februari, 2010 yang lalu. Penceramah jemputan ialah Ustaz Mohd Nawi Abdul Rahman.

Dalam muqaddimah ceramah beliau, Ustaz Mohd Nawi telah telah menerangkan betapa sambutan maulidur Rasul ini patut disambut dengan penghayatan terhadap perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dalam mengembangkan Islam. "Kisah Nabi patut menjadi pengajaran bagi orang yang ada akal. Rasul menjadi ikutan kita yang paling baik", ujar beliau setelah memetik beberapa ayat Al Qur'an yang berkaitan.

"Inilah tujuan sambutan maulidur Rasul, bukan mengajak orang berselawat semata-mata" tegas beliau lagi.

Beliau juga menarik perhatian hadirin dengan mengulas serba sedikit kenaikan harga barang yang terlalu kerap sejak akhir-akhir ini hingga membebankan rakyat. Pihak kerajaan telah mengenakan pelbagai cukai yang meresahkan rakyat seolah-olah tiada cara lain untuk memajukan ekonomi negara. "Kalau memerintah tiada duit tetapi minta dengan rakyat orang bodoh pun boleh memerintah." tegas beliau lagi.

Ustaz Mohd Nawi juga menyeru agar muslimat berani memperjuangkan kebenaran sebagaimana para Nabi dan Rasul serta jangan takut kehilangan rezki dan pelbagai halangan perjuangan. "Kita kena yakin rezki di tangan Allah s.w.t. Jangan takut anak tidak dapat masuk asrama atau tidak dapat biasiswa." ujar beliau.

Berhubung dengan masalah sosial yang melanda negara sekarang, beliau menarik perhatian muslimat yang hadir agar merenung gejala buang anak yang amat berleluasa kini. "Jahiliyyah zaman dahulu hanya buang anak perempuan sahaja tetapi mereka menanamnya. Jahiliyyah zaman sekarang anak dibuang tanpa mengira jantina dan dibuang merata tempat termasuk tempat pembuangan sampah." tegas beliau. Wanita juga telah dieksploitasi dengan begitu rakus sekali sehingga sanggup menjadi bahan iklan pelbagai produk. Perkara ini telah menjatuhkan martabat kaum wanita sedangkan Islam meletakkan darjat wanita di tempat yang tinggi.

Beliau juga berharap para muslimat mewajibkan diri belajar pada hari tertentu. Jangan batalkan program kuliah sewenang-wenang atau membuat program lain yang bersifat peribadi pada waktu kuliah. "Adalah lebih baik berbincang dengan tenaga pengajar agar memendekkan kuliah pada hari yang ditetapkan jika ada majlis lain daripada membatalkan terus." kata beliau lagi.

Selain dari itu beliau juga menyarankan agar setiap muslimat bijak mengambil peluang untuk meneliti siapakah yang hadir sewaktu kuliah diadakan. "Ahli-ahli yang baru hadir inilah yang boleh kita ajak ke lain-lain program yang lebih mendalam." seru beliau.

Di penghujung ceramah beliau, Ustaz telah mengesyorkan agar semua muslimat banyakkan membaca buku berkaitan peranan wanita Islam dan jadilah pendorong kepada suami masing-masing untuk sertai perjuangan.

2 comments:

  1. ada bc paper tentang tragedi mayat bayi di bakat dlm tong sampah di kelantan?dan mayat bayi di gigit semut di melaka?apa bezanya ya?minta pendapat anda.

    ReplyDelete
  2. jwpannya yang anda bagi juga walaupun ada benarnya tetapi masih terdapat udang di sebalik mee..apakah pas akn mewujudkan undang2 islam sekiranya di izinkan untuk memegang tampuk pemerintahan negara?jwapan anda akan sy akan gambar kan sebagai pendirian pas keseluruhannya.sy akan mengutarakan prinsip agar mengelakkan anda memberi jwpn sekirnya di izinkan memerintah bukannya sekali gus kita akan merubah undang2,mgkin akan secara berperingkat2.elakkan.sy menanti jwpn anda.

    ReplyDelete